
Trending
Pengamal Media Tak Puas Hati Ditengking Dan Dihalau Pengawal UTC Pudu Ketika Sedang Buat Liputan
Oleh
Semalam, kecoh satu video yang tular di platform Twitter memaparkan seorang pengawal keselamatan di pejabat Imigresen ‘mengamuk’ pada pihak media.
Melalui video berdurasi 1 minit yang dimuat naik di platform berkenaan, ‘security’ yang bertugas ketika itu menjerit-jerit pada pihak media yang mahu membuat tinjauan di tempat tersebut.
Media dikatakan ingin membuat tinjauan di tempat tersebut kerana ingin mengetahui punca pengurusan di sana yang perlahan sehinggakan orang ramai terpaksa beratur dalam waktu yang agak lama.
Namun, tujuan mereka terbantut kerana telah dihalau serta diugut oleh pengawal berkenaan untuk memanggil pihak polis seandainya mereka tidak beredar dan memberi masa 5 saat untuk keluar dari tempat itu.
Awak perlu ada keizinan untuk berada di sini, ini UTC, faham tak?! – Kata petugas terbabit.
Dalam pada masa yang sama, pengawal tersebut telah merampas telefon bimbit salah seorang pihak media yang merakam tindakannya mengamuk kepada mereka.
JUST IN
— TheVibes.com (@thevibesnews) May 14, 2022
Two reporters from The Vibes were subjected to a barrage of verbal intimidation and threats at the @imigresenmy office in UTC Pudu today.
The guard is heard yelling “This is UTC! Do you understand?! Get out!” despite the reporters identifying themselves as media. pic.twitter.com/IIGTFJBxYG
Oleh kerana perkongsiaan video berkenaan telah viral di platform media sosial itu, ramai netizen meninggalkan pandangan mereka berkenaan hal yang telah terjadi, selain daripada menasihati pengawal bertugas terbabit mengenai etika bekerja.
Netizen berpendapat tindakannya ‘mengamuk’ di khalayak umum itu seperti memakan diri sendiri kerana ia boleh saja dibincang secara elok.
Malah, ada juga berkata pengawal tersebut tidak berhak untuk menghalang kerana pihak media mempunyai satu pas yang membenarkan mereka untuk membuat liputan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan.

Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
