Connect with us

Oh! Media

Pemuda Berani Jawab Semula Teguran TMJ Tentang Dakwaan Pengiring Jadi Punca Kereta Langgar ‘Divider’

pemuda johor tmj ohmedia

Trending

Pemuda Berani Jawab Semula Teguran TMJ Tentang Dakwaan Pengiring Jadi Punca Kereta Langgar ‘Divider’

Baru-baru ini di Twitter, seorang lelaki mendakwa keretanya bergesel dengan divider tepi jalan akibat mengelak daripada polis pengiring kepada Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika dalam kesesakan lalu lintas.

Dia yang dikenali sebagai @Pio_Dhurjana ketika itu sedang menunggu lampu isyarat dan tiba-tiba terdengar bunyi siren polis pengiring yang membuatkan mereka terpaksa himpit ketepi untuk memberikan laluan.

Kecewa kereta bergesel kerana sangkakan kecemasan…

image 50

Kereta perlu bagi makan untuk 3 orang berkeluarga…

Sambung lagi cerita, lelaki ini turut menyatakan dia amat memerlukan kereta ini dan tiada masa untuk hantar ke bengkel untuk sebulan kerana perlu digunakan untuk perniagaan kantinya.

IKLAN
image 51

Saya tak keluar rumah pun hari ini…

Sedar akan dakwaan dari lelaki ini, TMJ dalam satu ciapan Twitter menafikan perkara itu dan menyatakan ketika kejadian dia sedang berada di rumah.

TMJ juga melihat apa yang dilakukan lelaki ini adalah sebagai taktik menghasut dan menipu, memandangkan PRU15 tidak lama je lagi.

image 52

Saya rasa saya tak rabun lagi…

Tidak habis di situ, lelaki ini sekali lagi tampil pula di ciapan Twitter TMJ dan menegaskan yang dia tak salah pandang serta turut meminta TMJ untuk melihat semula jadual polis pengirin kira-kira jam 7.03 berhampiran jalan menghala ke Pasir Pelangi.

image 54

Harapnya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan mungkin hanya berlaku sedikit salah faham antara lelaki ini dengan TMJ.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas