Trending
Pempengaruh Rambo Castello Meninggal Dunia Di Indonesia Akibat Serangan Jantung
Pempengaruh dan pendidik Rambo Castello meninggal dunia akibat serangan jantung di Jogjakarta.
Pempengaruh yang berjenaka dengan dialek Kelantan di TikTok, Rambo Castello dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi selepas beberapa hari dirawat di Rumah Sakit Sardjito, Jogjakarta, Indonesia.
Memetik laporan Berita Harian, anak ketiga Allahyarham, Hafizul Fazli mengesahkan bapanya, Ahmad Radzli Che Ngah, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.38 pagi waktu Indonesia dengan isteri dan keluarga berada di sisi.
Arwah hembus nafas terakhir di sisi isteri dan anak

Jenazah bapanya akan dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Wakaf Zing, Jeli dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam terdekat.
Ketika dihubungi, Hafizul sedang menguruskan urusan membawa pulang jenazah dan dijangka tiba ke kampung hari ini.
Terdahulu, pempengaruh yang juga merupakan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli telah ditidurkan di unit rawatan rapi hospital berkenaan sejak 5 Oktober lalu selepas mengalami serangan jantung secara tiba-tiba.
Cikgu Li terkenal sebagai pendidik yang tegas, berdisiplin serta disenangi ramai. Manakala, video yang dihasilkannya di media sosial pula berbentuk motivasi serta nasihat berasaskan nilai kehidupan.
Pssttt! Al-fatihah kepada Cikgu Li. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 17 hours ago