Trending

Pemandu Halang Ambulans Ada Masalah Psikiatri, Polis Bawa Ke HKL Untuk Rawatan

Published on

Tular di media sosial semalam rakaman video menunjukkan sebuah kereta jenis Toyota Camry menghalang ambulans di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kuala Lumpur.

Dalam rakaman tersebut, pemandu dilihat seolah-olah sengaja tidak memberi laluan dan turut sama menukar lorong apabila ambulans mahu memotong. Memang geram dibuatnya!

Difahamkan, ambulans dari arah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menghala ke Ulu Kelang untuk menghantar pesakit ke kediamannya.

Terbaru, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh mengesahkan pemandu tersebut telah dibawa ke Balai Polis Trafik bagi tujuan siasatan.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan didapati menghadapi masalah psikiatri dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan rawatan serta mendapatkan laporan perubatan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) APJ 1987. Polis berjaya mengesan pemandu terbabit selepas pemandu ambulans tampil membuat laporan polis.

BACA: Tak Sengaja Halang Ambulan, Anak Jelaskan Bapa Ada Masalah Pendengaran

Kredit: Harian Metro | Instagram careta

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version