Sementara menunggu, rakannya meminta dia duduk di atas sofa yang disediakan di kedai terbabit. Baru je duduk sikit, kaki sofa patah dan dia terjatuh.
Paling mengejutkan apabila tauke kedai meminta dia membayar ganti rugi dengan membeli sofa baru. Rakannya mempersoalkan tindakan tauke kedai kerana kaki sofa berkenaan didapati sudah longgar.
Tidak berpuas hati pelanggan enggan membayar, tauke kedai berbangsa Cina itu membuat laporan ke balai polis. Namun, pihak polis menegaskan pelanggan tidak bersalah kerana sofa disediakan memang untuk duduk.
Sebaliknya, pelanggan yang boleh menfailkan saman dan menuntut ganti rugi kerana kedai menyediakan tempat duduk yang tidak selamat.
Tauke kedai bagaimanapun tidak dapat menerima penjelasan itu dan mengamuk di balai polis berkenaan. Dia kemudian ke balai polis yang lain membuat laporan untuk menuntut ganti rugi.
Tetapi jawapan yang diterimanya oleh anggota polis bertugas tetap sama menyebabkan tauke kedai marah kemudian beredar.