Trending
Pelakon Wanita Dan Suami Sekali Lagi Ditahan Bagi Kes Lain
Pelakon wanita dan suaminya ditahan lagi polis, kali ini disiasat kes penipuan pelaburan penjualan lembu. Mangsa dilapor rugi kira-kira RM23,000.
Seorang pelakon wanita bersama suaminya sekali lagi ditahan polis bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan yang dikatakan melibatkan penjualan lembu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata kedua-dua suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Menurut laporan Kosmo, tangkapan itu dibuat susulan siasatan terhadap pelaburan yang ditawarkan kepada orang ramai kononnya berkaitan urusan penjualan lembu.
Untuk makluman, pelakon dan suaminya telah ditangkap oleh BSJK IPD Dang Wangi berkaitan pelaburan dalam penjualan lembu.
Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman.
Pelakon wanita dan suami pernah ditahan sebelum ini

Sebelum ini, pasangan tersebut pernah ditahan polis bagi membantu siasatan kes penipuan lain yang melibatkan urusan penjualan tanah kurnia.
Bukan itu sahaja, mereka juga turut disiasat dalam satu lagi kes penipuan membabitkan darjah kebesaran negeri yang kononnya menawarkan gelaran Datuk.
Pesara kerajaan alami kerugian

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, sebelum ini memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada seorang pesara kerajaan pada 18 Disember lalu.
Laporan itu berkaitan kes penipuan yang menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM23,000.
Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Pssttt! Kes pelaburan yang menjanjikan pulangan cepat sering menjadi perangkap ramai orang. Sebelum melabur, semak dulu kesahihan syarikat dan elakkan membuat keputusan terburu-buru.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM