Trending

Pelakon Dan Pengacara Veteran, Jaafar Onn Disahkan Meninggal Dunia

Published on

Industri seni Malaysia dikejutkan dengan berita pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn, sedang dirawat di Hospital Serdang, Selangor selepas mengalami kesukaran bernafas sejak 1 Oktober lalu.

Terbaru, pelakon drama bersiri remaja Cili Padi ini dilaporkan meninggal dunia pada Rabu sekitar jam 11 pagi.

Lapor mStar, pemergian aktor berusia 73 tahun ini disahkan rakan baiknya iaitu Haiza Hanafi selepas dimaklumkan anak angkat Allahyarham iaitu Hanif.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah.

Kredit: mStar

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version