Trending

Pegawai Polis Wanita Dikecam Buat ‘Live’ Masa Serbuan, Siap Perkenalkan Anggota Lain

Published on

Seorang pegawai polis wanita yang membuat rakaman video secara langsung di Tiktok dikecam netizen. Korang sempat tengok?

BACA : Anggota Polis Dikecam Natizen Kerana RM3 Pengemis Ini?

Menurut laporan Berita Harian, dia yang berpangkat Asisten Superintendan (ASP) itu membuat live ketika menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah pusat hiburan yang turut bersama beberapa anggota lain.

Dalam live berkenaan, wanita tersebut juga turut memberitahu skop kerjanya kepada pengikut yang menonton. Bukan tu jer, siap perkenalkan anggota lain yang bertugas pada waktu itu bersamanya.

Tangkap layar ketika sesi live di Tiktok

Perkara tersebut membuatkan ramai yang tidak berpuas hati dan anggap yang ASP berkenaan ambil kesempatan buat ‘content’ untuk menaikkan ‘followers’ akaun Tiktoknya.

Langgar etika PDRM?

Ada juga komen yang mengatakan bahawa perkara yang dilakukan ini telah melanggar etika PDRM, apa pandangan korang?

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version