Oh! Tidak

Pakcik ‘Baby’ Mengamuk Dalam Kedai Makan Didenda RM300

Published on

Sebelum ini kita telah dengar berita mengenai seorang pakcik berusia 50 tahun membuat kekecohan dalam sebuah restoran di Subang Jaya.

BACA: Lelaki Mengamuk Tidak Dipanggil ‘Baby’ Sudah Ditahan Polis

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh, Mohd Asri Abdullah telah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Pakcik mengamuk

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah datang ke restoran bagi membeli makanan dan meminta pekerja di kedai berkenaan memanggilnya dengan gelaran ‘abang’ atau ‘baby’.

Pekerja yang enggan berbuat demikian membuatkan dirinya berang dan menimbulkan kekacauan hingga membaling air Nescafe panas pada muka seorang kanak-kanak.

Mohd Asri turut menendang meja, membaling kerusi, meludah dan mengatakan sesuatu dalam bahasa kurang difahami serta berkelakuan pelik.

Dia telah didenda RM300 atau tujuh hari penjara jika gagal membayarnya oleh Mahkamah Majitret mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version