Pergi mana-mana sekarang ni confirm akan berdepan dengan kesesakan lalu lintas kan? Sebuah video tular di media sosial, di mana seorang penunggang motosikal telah dipukul oleh pemandu kereta dek kerana ‘tegur’ cara pemanduannya yang memakan jalan orang lain.
Menurut pemilik video, Rita Saba, punca pergaduhan berlaku kerana penunggang motosikal tersebut telah menegur pemandu kereta yang menghalang dan memakan laluan orang lain.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Glenmarie, Shah Alam. Penunggang motosikal ‘panas hati’ dengan si pemandu kereta yang tak ada hati nak gerakkan kereta ke tepi untuk beri laluan kepada motor lalu di kawasan tersebut.
Dah lah hujan, jammed pula tu, siapa je tak geram kan?
Salah seorang penunggang motosikal ni pun tegur la pemandu kereta itu, tapi enggan menerima teguran, si pemandu terus tunjuk lagak, pukul lelaki tersebut!
Kalau korang tengok video tu, memang teruk dia kena belasah.
Tapi Alhamdulillah, orang awam yang ada di tempat kejadian berjaya meleraikan pergaduhan tersebut.
Pemilik video juga update dia sudah ke balai dan polis memaklumkan bahawa sistem sudah menarik balik kes ini.
Mungkin si pemandu kereta dan penunggang motosikal tu dah selesaikan masalah ni dengan cara baik.
Netizen yang menonton video tersebut pun geram dengan tingkah laku si pemandu yang sesuka hati nak belasah orang.