Connect with us

Oh! Media

“Organ Dalaman Dah Tak Kuat” – Along Eyzendy Kini Kritikal

Ohmedia along Eyzendy

Oh! Artis

“Organ Dalaman Dah Tak Kuat” – Along Eyzendy Kini Kritikal

Mari sama-sama kita doakan agar urusan Along dipermudahkan.

Pelakon dan pelawak, Along Eyzendy dilaporkan semakin kritikal dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Perkara itu dikongsi oleh sahabatnya, Zalif Sidek yang memaklumkan mesej tersebut diterima daripada isteri Along sendiri, Hamidah Mohd Yatim pagi tadi.

Doktor mohon redha jika apa-apa berlaku

Dalam mesej yang dikongsikan, keadaan Along kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan apabila doktor memaklumkan organ dalaman beliau sudah tidak lagi mampu bertahan dan semua mesin akan dicabutkan dalam masa terdekat.

IKLAN
 6069053136355135291 w

Katanya lagi pihak perubatan telah melakukan sedaya upaya, namun kini segalanya diserahkan kepada ketentuan Ilahi.

Zalif turut memohon orang ramai agar terus mendoakan Along supaya dipermudahkan segala urusan, sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Difahamkan, Along mula dimasukkan ke wad pada Jumaat minggu lalu selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum doktor mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu sebelum ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Along, amin.

Kredit: Zalif Sidek
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas