Seperti yang diketahui ramai, pelakon Hafidz Roshdi kini sedang berdepan dengan kontroversi melibatkan rumah tangganya.
Pelakon itu dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri. Namun Hafidz mengaku tak bersalah dan mahkamah memintanya menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia.
Di saat sukar itu, pelakon kelahiran Pulau Pinang, Sharnaaz Ahmad tampil memberi kata-kata semangat buat Hafidz Roshdi. Dia berdoa semoga Hafidz lekas sembuh untuk membetulkan semua kesilapan yang telah dibuat.
Terbaru, pelakon kontroversi itu meluahkan rasa terharu dan berterima kasih di atas nasihat yang diberikan.
Katanya, nota yang ditulis sangat berharga untuk dia menjalani dugaan ini. Dia menghargai doa baik yang diberikan peminat, rakan selebriti, ahli keluarga dan pihak media.