Oh! Artis

Norreen Iman Tampil Dengan Imej Seksi Selepas Kurus Mengundang Kecaman Netizen

Published on

Pelakon dan pempengaruh Noreen Iman memuat naik sekeping gambar di laman Instagramnya yang memaparkan bahagian perut yang semakin kempis.

Norreen atau nama penuhnya Norreen Iman Abdullah, memuat naik gambar berkenaan ketika menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan di sebuah restoran bersama suaminya,Razzi Razak.

Perkongsian gambar itu telah mengundang kecaman yang teruk daripada netizen kerana Noreen menggayakan baju yang menampakkan perut dan hanya menutupi bahagian dadanya sambil memegang sejambak bunga mawar.

Terima kasih kerana mengambil berat, memahami dan selalu ada di samping saya.

Isteri gila tetapi suami tenang sahaja. Sayang awak sangat Razzi.

Dalam pada itu, segelintir netizen beranggapan tindakannya melampau dan tidak menghormati pengguna media sosial kerana berpenampilan sebegitu selepas kurus.

BACA: “Ini Tidak Kelakar!” Norreen Iman Dikecam Buat Lawak Ketika Solat

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version