Timbul pula dakwaan mengatakan kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila bakal bernikah dengan lelaki pilihan. Dakwaan ini timbul selepas Nabila dilihat berkongsi gambar persalinan pakaian ala pengantin di Instagram miliknya.
Sedar tentang dakwaan itu, Nabila kemudian menafikannya tetapi tidak mahu mendedahkan tujuan dia mengenakan busana terbabit.
Tiada sebarang majlis. Semua itu salah faham sahaja. Gambar itu untuk tujuan penggambaran sahaja. Saya pun tidak boleh cerita lanjut tentang program itu dengan terperinci.
Nabila dalam pada itu turut berkata dia pasti akan memberi tahu kepada semua dengan cara yang betul jika ada sebarang majlis tunang mahupun nikah.
Nabila kini kembali bergelar ibu tunggal selepas perkawinan bersama Engku Emran pada 19 Mac 2021 berakhir pada September 2023.