Menerusi hantaran TikTok ibu pempengaruh, Cik B dilihat meminta izin ibunya, Datuk Seri Vida untuk keluar makan bersama rakan-rakannya
Namun apa yang lebih mecuri perhatian netizen apabila dia mendedahkan hanya mempunyai kawan lelaki sahaja selepas disoal DSV tentang kawan perempuannya.
No girlfriend, just boyfriends.
Bukan tu jer, Cik B juga difahamkan tidak hanya berkawan dengan sesama bangsa.
Katanya, dia juga ada kawan yang terdiri daripada bangsa Cina dan India juga dan persahabatan ini bermula dari sekolah tau.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memuji Cik B kerana pandai memilih kawan.
Comel je Cik B kenalkan kawan-kawan dia hihi. Apapun, tak kisahlah nak berkawan dengan lelaki atau perempuan, yang penting pandai bawa diri. Semoga tak ada lah yang ambil kesempatan kawan dengan Cik B ni.