Sudah menjadi lumrah buat peniaga di kedai makan apabila menerima pelbagai pesanan yang aneh dan ‘tidak masuk akal’ sehingga menyukarkan kerja mereka untuk memahaminya.
BACA: Milo ‘Display’ Disangka Asli, Peniaga Terhibur Kenang Nasib Pencuri
Lebih-lebih lagi apabila segelintir kedai mempunyai perkhidmatan pesanan menerusi dalam talian, sudah pasti pelanggan mahu yang terbaik sehingga memberikan pelbagai arahan mengenai makanan mereka.
Peniaga pening terima pesanan panjang
Bagaimanapun, perkara itu dilihat terjadi kepada seorang peniaga apabila di mendedahkan pesanan yang diterimanya menerusi aplikasi pesanan dalam talian daripada seorang pelanggan.
Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi TikTok, lelaki tersebut dilihat berasa hairan selain turut terhibur apabila menerima pesanan yang panjang seperti sebuah karangan.
Nasi kandar daging tapi kuah lebih, ayam dada. Nak nasi kandar daging, kenapa tukar ayam dada, pening la.
Selain itu, pesanan yang diterimanya hanyalah dua menu sahaja, namun pelanggan tersebut telah membuat banyak permintaan bagi setiap menu yang dipesan sehingga memeningkan kepada si peniaga.
Nak kuah lebih, pedas, kuah letak sekali, bagi sedap, kuah bagi banjir, kuah bagi banyak sampai tak nampak nasi, nampak kuah sahaja, campur semua kuah.
Lebih menghiburkan, pelanggan tersebut sempat ‘mengugut’ tidak mahu memesan lagi pada masa akan datang jika pihak kedai meletakkan sayur di dalam hidangannya.
Netizen turut rasa terhibur
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen juga turut terhibur dengan perkara itu selain ‘bersimpati’ akan nasib peniaga tersebut yang terpaksa melayan karenah si pelanggan.
Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 600,000 jumlah tontonan serta mendapat 57,800 tanda suka.
Kredit: TikTok sitiproperty7
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media