Tular satu video di TikTok memaparkan seorang gadis yang sedang menunaikan ibadah umrah di Makkah sehinggakan menjadi bualan dalam kalangan netizen.
Menerusi video tersebut, gadis itu dilihat membawa dan memegang gambar seorang penyanyi K-pop ke mana sahaja dia pergi sepanjang melakukan ibadah umrah di Tanah Suci.
Lebih mengejutkan, gadis tersebut juga membawa gambar penyanyi K-pop tersebut sambil berdoa di hadapan Kaabah.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan gadis tersebut yang dilihat seperti terlalu taksub terhadap penyanyi daripada Korea Selatan itu.
Allahu, dalam beribadah pun duk fikir lagi pasal hal dunia macam ni. Adakah dia lupa niat sebenarnya dia ke sana? Sama-sama kita jadikan pengajaran.