Connect with us

Oh! Media

Netizen Kecam Wanita Hina, Gelak-Gelak Orang Pakai Kancil Dan Dia Pula Pakai Volkswagen

kancil

Trending

Netizen Kecam Wanita Hina, Gelak-Gelak Orang Pakai Kancil Dan Dia Pula Pakai Volkswagen

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan tindakan seorang gadis yang mentertawakan kereta Kancil yang di parkir di sebelah keretanya.

ADVERTISEMENT

Menerusi video tersebut, dapat dilihat gelagat gadis itu yang bergelak tawa bersama rakannya seakan-akan mempersendakan kereta Kancil tersebut semasa menuju ke tempat letak kereta.

Malah, setibanya di sebelah kereta Kancil itu, dia dengan sengaja seperti cuba membuka pintu kereta itu namun berpaling dengan segera ke arah kereta Volkswagen kuning miliknya.

Tahu dah kaya jangan sampai menghina.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 548.6K tontonan, 19.7K tanda suka, dan 2.5K komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan gadis itu yang disifatkan sombong dan tidak menghormati rezeki orang lain.

Tak kelakar pun..

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas