Tapi nampaknya budaya itu dah berjangkit di Malaysia apabila ada restoran yang menyediakan soju halal. Katanya, soju halal itu sebenarnya air buah dan tiada langsung kandungan alkohol.
Tetapi rata-rata daripada netizen mempersoalkan penggunaan soju halal kerana soju sendiri bermaksud arak bakar.
Influencer yang ‘review’ restoran sambil minum soju halal tu pun kena kecam teruk. Netizen mempertikaikan mengapa botol diletakkan dalam bucket siap ada gelas kecil.
Lagi satu, cara minum influencer itu sendiri telah mengundang kemarahan apabila ianya seakan-akan meniru cara orang Korea.
Netizen turut menerangkan umat Islam dilarang sama sekali meniru walaupun sekadar gaya atau perbuatan.