Trending

Housemate Dedah Perangai Buruk TikTokers Rembat Barang Orang Untuk Bergaya

Published on

Di Twitter, viral satu pendedahan mengenai perangai buruk seorang awek cun yang didakwa mencuri pakaian, beg dan jam tangan rakan serumah.

BACA: Influencer Didakwa Minta Makanan Percuma Di Restoran, Tawar Bayar Dengan Posting Media Sosial

Kalau tengok media sosial awek tu, memang bergaya habis tapi rupa-rupanya kantoi guna barang orang lain tanpa izin.

Difahamkan, rakan serumah mula menyedari barang mereka hilang apabila baju yang dilipat bersepah. Tempat letak baju pun dah bertukar posisi, memang sesuatu la kan?

Lebih menguatkan dakwaan curi tu apabila pakaian rakan serumah dijumpai dalam almari pakaian ‘suspek’.

This is the evidence yang dia pakai barang-barang I and my friend’s. Why do I think it’s mine and not hers? Dah kalau baju yang I tinggal dekat rumah sewa tiba-tiba lesap and tarikh posts tally with the time I takde kat rumah, susah nak husnudzon.

Lebih menyakitkan hati apabila ‘suspek’ dikatakan mengelak apabila cuba dihubungi. Suspek juga dikatakan beri alasan tak munasabah dan ‘block’ rakan serumah di media sosial.

Pada masa yang sama tidak membalas mesej itu, ‘suspek’ ada memuat naik gambar di status Whatsapp mempamerkan dirinya memakai jam tangan yang dicuri tetapi ditutup dengan emoji sticker.

Selepas perkongsian viral, ‘suspek’ berjanji akan membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi untuk barangan yang hilang.

Kredit: X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


Exit mobile version