Trending

‘Nak Kritik Biar Membina’ – Cikgu Zack Tegur Dj Radio Perlekeh Guru

Published on

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang penyampai radio memperlekeh bahasa Inggeris guru yang mengajar di saluran TV pendidikan. Tindakan DJ radio ketawa berdekah mendengar sebutan guru tersebut mengundang rasa tidak puas hati netizen.

BACA: Penyampai Radio Dikecam Netizen Gara-gara Ketawakan Bahasa Inggeris Cikgu

Susulan kejadian itu juga, penyampai radio tersebut difahamkan sudah diambil tindakan gantung tugas. Perkara tersebut disahkan majikan menerusi satu hebahan di Facebook.

BACA: Pengurus Besar Gantung Tugas Penyampai Radio Hitz Sarawak

Selaku seorang guru, cikgu Zack Kirana menegur sikap keterlaluan lelaki itu yang memandang rendah kepada orang lain. Katanya, jika hendak mengkritik tidak perlulah sampai menghina.

Mendapat sokongan netizen, ramai yang tidak senang apabila ada segelintir yang memandang rendah usaha guru-guru dalam menarik minat pelajar. Bagi mereka, tugas mendidik bukanlah senang.

Kredit: Zack Kirana

+ Baca respon pembaca di Facebook

Comments

Exit mobile version