Oh! Artis

Nabila Razali Tutup Ruangan Komen Di Foto Hadiri Perkahwinan MK K-Clique Dan Siti Hajar

Published on

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali berkongsi satu foto sewaktu menghadiri ke majlis perkahwinan rakan selebriti iaitu MK K-Clique dan isterinya Siti Hajar.

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, penyanyi itu memuat naik fotonya bersama pasangan sejoli itu dan mengenakan busana serba putih.

Dalam pada itu, Nabila juga menulis ucapan istimewa buat rakan duetnya dalam lagu Peluang Kedua dan memilih untuk menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Tahniah Muhammad Hairi Amin & Siti Hajaar. Saya sangat berbesar hati untuk menyaksikan detik indah ini.

Pasangan yang begitu mesa. Doakan anda semua perkara terbaik dalam hidup. Terima kasin banyak kerana menjemput saya.

BACA: “Jom Genting” – Muat Naik Gambar Dengan Khai Bahar, Peminat Nabila Razali Doa Supaya Berjodoh?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version