Trending

Myvi Lawan Arus, Pemandu Tak Layak Pegang Lesen Memandu Selama 5 Tahun

Published on

Baru-baru ini, terdapat sebuah Perodua Myvi yang dipandu melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dan pemandu tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga hari dan denda sebanyak RM8,000.

BACA : Pemandu Lori Sondol ‘King’ Hingga Remuk Positif Dadah

Menurut laporan Kosmo, suspek mengaku bersalah di Mahkamah Trafik Jalan Duta di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya selepa tuduhan dibacakan pagi tadi.

Kejadian tersebut berlaku pada 4 September lalu dimana pemandu berkenaan melawan arus dari arah Tol MEX menghala ke pusat bandar. Suspek juga dikatakan telah hilang kelayakan untuk memegang lesen memandu dalam tempoh lima tahun. Haa, kan dah kena!

Sebelum ini, terdapat rakaman CCTV yang tular menunjukkan sebuah Perodua Myvi berdurasi 19 saat melawan arus di Lebuh Raya MEX ke Kuala Lumpur sekitar pukul 11 pagi.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version