Trending

Myvi Dihempap Pokok Ketapang, Tiga Beranak ‘Nyaris’ Maut

Published on

Kejadian di Batu 1 Jalan Kapar-Kuala Selangor, tiga beranak berasa lega apabila nyawa mereka terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka, Perodua Myvi dihempap pokok ketapang.

BACA: Pandu Myvi Lawan Arus, Seorang Warga Emas Ditahan

Menerusi laporan Utusan, kemalangan itu berlaku pada jam 6 pagi dan mangsa yang terlibat, merupakan pasangan suami isteri dan anak perempuan berusia dua tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dihempap pokok setinggi kira-kira sembilan meter

Pasukan bomba mengalihkan pokok ketapang (Foto: Utusan)

Norazam Khamis, Pengarah Bomba Selangor mengatakan mereka menerima panggilan pada jam 6.16 pagi dan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar telah terus menuju ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati kereta itu masih dihempap pokok setinggi kira-kira sembilan meter.

Semua mangsa bagaimanapun terselamat dan keluar sendiri sebelum ketibaan bomba.

Pihak bomba telah mengalihkan kenderaan yang dihempap demi kelancaran lalu lintas. Mereka juga telah memotong pokok tersebut dan letak di kawasan yang lebih selamat.

Syukur mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Kuat betul perodua Myvi ni, dah kena hempap dengan pokok tinggi sembilan meter pun masih kukuh dan tidak memberi kecelakaan kepada pemandu dan penumpang!

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Exit mobile version