Trending
Muhyiddin Yassin Tiba Di Mahkamah Tinggi Bagi Perbicaraaan Babitkan 7 Pertuduhan Berat
Muhyiddin Yassin tiba di Mahkamah Tinggi bagi perbicaraan tujuh pertuduhan melibatkan suapan RM232.5 juta dan pengubahan wang haram RM200 juta.
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Mahkamah Tinggi pada pukul 8.40 pagi hari ini bagi menghadiri perbicaraan kes membabitkan tujuh pertuduhan serius.
Menurut laporan Kosmo, kes tersebut melibatkan empat pertuduhan salah guna kedudukan membabitkan suapan berjumlah RM232.5 juta serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta.
Ahli Parlimen Pagoh itu akan dibicarakan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi telah menetapkan 29 hari untuk perbicaraan kes berprofil tinggi itu.
Tarikh tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu pendakwaan dan pembelaan sebelum ditetapkan oleh mahkamah.
Muhyiddin Yassin didakwa salah guna kedudukan RM232.5 juta

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Muhyiddin didakwa ketika menjawat jawatan Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan.
Suapan tersebut melibatkan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu dan tiga syarikat sekutu parti itu.
Tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram

Bagi pertuduhan kelima hingga ketujuh, Muhyiddin selaku Presiden Bersatu didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram.
Ia melibatkan wang berjumlah RM200 juta daripada sebuah syarikat yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank dan AmBank milik parti.
Pada prosiding 7 Oktober lalu, Mahkamah dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi Muhyiddin yang memohon supaya empat pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu digugurkan.
Susulan itu, pihak pendakwaan memohon tarikh perbicaraan ditetapkan dan supaya kesemua tujuh pertuduhan didengar secara bersama.
Pssttt! Kes mahkamah melibatkan pemimpin negara sentiasa menjadi perhatian rakyat. Apa pun keputusan mahkamah nanti, hormatilah proses undang-undang dan biarkan keadilan ditentukan melalui perbicaraan yang telus.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM