Tindakannya itu telah menyebabkan rata-rata netizen menjadi kurang senang sehinggakan bertindak menegur perbuatan yang tidak sihat tersebut.
Dik, jangan duk bangga hisap pod. Kalau tak nak rasa menyesal dada kena tebuk macam aku ni pod punya hal. Sayang badan dik oi, muda lagi.
Namun begitu, remaja ini dilihat meremehkan teguran netizen yang risau akan kesihatannya sekiranya dia tidak berhenti menghisap rokok elektronik tersebut.
Bukan itu sahaja, remaja ini juga dilihat melemparkan kata-kata yang kurang sopan untuk diperkatakan di media sosial.
Boleh dia balas macam tu? Orang risaukan kesihatan awak dik, kalau awak tak sayang diri sendiri siapa lagi nak sayang awak tu?