Trending
MPV Polis Berhenti Di Restoran Mamak Ambil Bungkusan Putih, Anggota Sudah Dikenal Pasti
Polis kenal pasti anggota terlibat dalam video tular MPV polis berhenti di restoran mamak di Sungai Buloh.
Beberapa hari lalu, tular di media sosial rakaman video memaparkan sebuah kereta polis melalui jalan di tengah deretan kedai, sebelum berhenti di sebuah restoran mamak.
Dalam video berkenaan, seorang pekerja restoran dilihat menghampiri kenderaan MPV itu sebelum menyerahkan dua bungkusan plastik berwarna putih.
Terbaru, Astro Awani melaporkan, anggota yang terlibat dalam rakaman berkenaan telah dikenal pasti.
Polis jalankan siasatan dalaman

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor memaklumkan kini satu siasatan dalaman sedang dilakukan.
Anggota tersebut telahpun dikenal pasti dan siasatan dalaman sedang dilakukan.
Terdahulu, media melaporkan polis sedang menyiasat rakaman video berdurasi kira-kira 12 saat yang tular di media sosial.
Pihak polis juga mengesahkan bahawa kenderaan yang terlibat adalah milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.
Pssttt! Lebih baik untuk menunggu hasil siasatan rasmi sebelum membuat sebarang kesimpulan. Jika terdapat salah laku, tindakan sewajarnya perlu diambil bagi memastikan kepercayaan masyarakat terhadap pihak berkuasa terus terpelihara.
Kredit: Astro Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM