Kecoh diperkatakan di media sosial hari ini mengenai anak gadis Abby Abadi dan Norman Hakim yang dikatakan mengganggu rumah tangga orang sehingga bercerai.
Di Instagram, kakak kepada mangsa gangguan rumah tangga yang dikenali sebagai Nadiah Bt Mazlan menceritakan keadaan adiknya yang terkesan secara emosi disebabkan hal itu.
Pada awalnya, dia juga percaya adiknya sering bersangka buruk dan mengalami masalah mental sehingga keluarga membawanya ke psikiatri.
Malah, suami juga dikatakan menjunjung al-Quran dan bersumpah atas nama Tuhan termasuk meletakkan cerai taklik kononnya tak berlaku curang.
Kata Nadiah lagi, ibu bapa Marissa juga ada berjumpa dengan keluarganya membincangkan hal itu. Nadiah turut memuat naik video rakaman sebagai bukti di mana Marissa mengakui kesalahannya dan berjanji untuk tak mengulanginya.
Di Instagram Stories, Abby Abadi memberi respon balas mengakui ada bertemu empat mata ketika mereka baru dimaklumkan mengenai hal tersebut.
Menurut bekas pelakon ini, waktu itu pihaknya tak tahu cerita yang berlaku. Abby turut mempersoalkan apabila pihaknya dikatakan bertemu untuk meminta maaf.
Meluahkan rasa geram, Abby menasihati pihak sana supaya menulis cerita dengan jelas agar tidak timbul tanda tanya dan prasangka dalam kalangan netizen.