Masih belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca Oh Media. Seperti kebiasaan, setiap kali pagi raya pasti kita semua akan menangis dan sebak ketika bermaaf-maafan sesama keluarga atas kesilapan lalu yang pernah dilakukan.
Menerusi satu video yang tular di TikTok, Chacha secara tiba-tiba menjerit selepas digigit anak Emma, Shariq ketika duduk bersimpuh menghadap kakaknya itu ketia ingin bersalam dan bermaafan di pagi raya.
Emma Maembong yang pada awalnya tidak menyedari perkara itu, terus menenangkan keadaan selepas menyedari anaknya itu sedang meng’kokak’ adiknya.
Apa yang menjadi perhatian netizen ialah, Shariq dilihat seperti mahu menggigit ibu saudaranya itu buat kali yang kedua selepas ditarik Emma.
Siapa suruh marah mama dia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen geli hati melihat telatah keluarga berkenaan. Ada yang menyangka Chacha digigit selepas dia menjerit ke arah Emma untuk bersalaman di pagi raya.