
Trending
“Menggeletar Tangan Aku” – Polis Wanita ‘Bantai’ Suspek Perkosa Anak Kandung Cukup-Cukup
Oleh
Kejam! Itulah yang dapat dikatakan kepada bapa kandung yang sanggup menjadikan anak sendiri sebagai tempat memuaskan nafsu.
Mana tidaknya, bapa yang sepatutnya melindungi sanggup merosakkan masa depan anak demi nafsu serakah.
BACA: Bapa Tergamak Rogol Anak Kandung Ketika Isteri Keluar Bekerja
Di TikTok, viral video memaparkan seorang polis wanita menyoal siasat suspek rogol anak kandung yang berusia 7 tahun.
“Kenapa kau selera dengan anakmu?”
@adekboreg1976 Ibu…garda terdepan melindungi anak2 nya….hati2….krn kejahatan bkn dr niat pelaku…tp krn adanya kesempatan…WASPADA👍👍segera lapor ke pihak berwajib apabila dijumpai adanya kejahatan….jgn takut💪💪
♬ suara asli – Adek Boreg1976
Polis wanita itu dalam nada marah mempersoalkan mengapa suspek itu sanggup ‘makan’ anak sendiri. Suspek menjawab dia telah melakukan kesilapan.
Silap kau bilang? 4 kali kau bilang silap, itu kurang ajar namanya. Silap pulak kau bilang?
Suspek juga mengakui pertama kali melakukan perbuatan terkutuk itu ketika memandikan anak di rumah. Polis wanita ini seperti tidak percaya mempersoalkan di mana imannya sebagai seorang bapa.
Kenapa kau selera dengan anakmu? Di mana imanmu? Anak mu itu kan? Tega kau. Ancaman hukumanmu mati. Tahu kau? Siap kau untuk mati?
Ketika menyoal siasat, polis wanita ini berkata ingin sahaja dia memukul suspek rogol ini tetapi dia tidak sanggup. Malah tangannya menggeletar menahan marah.
Ketar tangan tahan marah
@adekboreg1976 WASPADA…sering pelaku pelecehan thd Anak adalah orang yg terdekat….terus pantau ya mak mak…💪💪
♬ suara asli – Adek Boreg1976
Video tersebut sehingga kini telah mendapat 20 juta tontonan. Orang ramai puas hati melihat polis wanita itu membantai suspek rogol itu cukup-cukup!


Apa-apa pun diharapkan keadilan buat mangsa dan suspek mendapat hukuman setimpal di atas perbuatan kejamnya.
Kredit: TikTok @adekboreg1976
