Trending

‘Memalukan Siapa Sebenarnya?’ – Tony Eusoff Respon Isu Agih Tuala Wanita Tempat Awam

Published on

Baru-baru ini, tular di Twitter status provokasi laman kumpulan politik menyelar tindakan perwakilan wanita mengagihkan tuala wanita di tempat awam.

Katanya, agihan yang dibuat mencalar maruah seorang perempuan memandangkan tuala wanita dipakai di kawasan intim.

Status tersebut ternyata telah mengundang pelbagai respon daripada orang ramai. Mereka menganggap kenyataan yang dibuat bersifat seksis. Malah, seorang individu menjelaskan agihan dibuat mempunyai mesej yang ingin disampaikan. Ianya berkaitan dengan kebersihan dan kesihatan wanita.

Aktor, Tony Eusoff turut bersuara menyelar kenyataan provokasi yang dikeluarkan. Katanya, sebagai seorang lelaki dia langsung tidak malu dengan fitrah seorang perempuan.

Katanya lagi, sejak kecil dia sudah biasa dengan lumrah wanita yang datang haid setiap bulan. Dia turut mempersoalkan mengapa tuala wanita dianggap memalukan.

Kredit: Tony Eusoff

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version