Oh! Geekz
MCMC Arah Sekat Grok Di Malaysia Sebab Guna AI Untuk Kandungan Lucah
MCMC arah sekatan Grok di Malaysia lepas didapati hasilkan kandungan lucah dan eksplisit.
Mula hari ini, korang dah tak boleh akses AI Grok di Malaysia. Ini selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) arahkan sekatan sementara terhadap platform tu.
Tindakan ni dibuat sebab Grok telah digunakan untuk hasilkan kandungan tak senonoh termasuk yang berunsur lucah, eksplisit dan jelik, walaupun MCMC dah bagi amaran sebelum ni kepada pihak pembangunnya, X Corp dan xAI LLC.
Kandungan lucah Grok berulang walaupun dah diberi amaran

Menurut kenyataan rasmi MCMC, masalah ni dah beberapa kali dibangkitkan dan mereka dah keluarkan notis kepada X Corp dan xAI LLC pada 3 dan 8 Januari lepas.
Notis tu minta supaya mereka laksana perlindungan teknikal dan penyeliaan kandungan yang lebih ketat bagi elak pelanggaran undang-undang tempatan.
Bagaimanapun, maklum balas yang dikemukakan oleh X Corp pada 7 Januari dan 9 Januari lalu hanya memberi tumpuan utama kepada mekanisme pelaporan yang dimulakan oleh pengguna serta gagal menangani risiko sedia ada yang wujud hasil daripada reka bentuk dan pengoperasian alat AI berkenaan.- Katanya.
Langkah pencegahan demi keselamatan awam

MCMC tekankan yang sekatan ini dibuat sebagai langkah pencegahan sementara siasatan dan proses kawal selia masih berjalan. Fokus utama sekarang adalah untuk elak penyebaran kandungan janaan AI yang libatkan wanita dan kanak-kanak.
MCMC mendapati perkara ini tidak memadai untuk mencegah kemudaratan serta memastikan pematuhan kepada undang-undang.- Katanya lagi.
Sekatan terhadap Grok akan diteruskan sehingga pihak X Corp dan xAI LLC laksanakan sistem perlindungan yang betul-betul berkesan. MCMC juga terbuka untuk terus berbincang dengan syarikat terbabit, tapi dengan syarat pematuhan undang-undang Malaysia dapat dibuktikan dengan jelas.
Dalam masa sama, MCMC minta orang ramai supaya cepat-cepat laporkan apa saja kandungan dalam talian yang boleh bawa mudarat, termasuk buat laporan polis jika perlu.
Pssttt! Ohmedia faham korang pun mungkin guna AI untuk bantu kerja atau belajar, tapi kena ingat, teknologi ni tetap ada batas dan tanggungjawab. Jangan sampai disalah guna sampai bahayakan orang lain, terutama golongan yang tak berdaya.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM