Connect with us

Oh! Media

Mayat Pelajar IPT Membusuk, Ditemui Meninggal Dunia Dalam Bilik

Polis 1 1 1

Trending

Mayat Pelajar IPT Membusuk, Ditemui Meninggal Dunia Dalam Bilik

Mayat seorang pelajar lelaki yang membusuk ditemui di dalam bilik di kolej kediaman sebuah universiti di Serdang, Selangor.

BACA: ‘Percintaan’ Berakhir Dengan Tragis, Pelajar Perempuan Mati Ditekup Bantal Dengan Kekasih Penganggur

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A.Anbalagan, pusat kawalan universiti berkenaan melaporkan mengenai kejadian itu kepada pihaknya pada kira-kira jam 7.45 petang.

IKLAN

Mayat yang ditemui merupakan seorang pelajar berusia 29 tahun yang mengambil jurusan sarjana Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Siasatan awal mendapati, mangsa mengambil kursus Master Sastera di semester enam (tahun akhir) dan tinggal di bilik kolej kediaman tersebut seorang diri.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak memakai baju, berseluar panjang dalam keadaan baring terlentang di atas lantai tepi katil.

Tambahnya lagi, pintu bilik mangsa ketika itu berada dalam keadaan berkunci dengan tingkap tertutup rapat.

Selain itu, pemeriksaan mendapati barangan berharga seperti komputer riba dan telefon bimbit mangsa masih berada di dalam bilik.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 4.30 petang oleh saksi kejadian kerana lama tidak berjumpa mangsa. Ketika itu, saksi terbau bau busuk dari bilik mangsa

Pintu bilik mangsa kemudiannya dibuka dengan menggunakan kunci pendua oleh beberapa kakitangan universiti.

Apabila pintu dibuka, mangsa didapati berada dalam keadaan terbaring dan bilik berbau busuk.

Siasatan turut mendapati kali terakhir mangsa dijumpai adalah pada dua hari lalu.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Serdang bagi proses bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas