Trending

Maut Gara-Gara Rider Lawan Arus, Rakan Dedah Arwah Suka Hadiri Majlis Ilmu, Solat Jemaah

Published on

Gara-gara kecuaian penunggang lawan arus, seorang lelaki maut selepas tercampak daripada ‘flyover’ di susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

BACA: Lelaki Maut Jatuh ‘Flyover’ Cuba Elak Motor Lawan Arus, Netizen Desak Cari Pelaku Ke Lubang Cacing

Terbaru, rakan motosikal berkuasa tinggi dikenali sebagai Mohd Said Mohd Shariff tampil mendedahkan sikap mulia yang ada pada diri mangsa.

Arwah Ahmad Fadzil Omar Azadin merupakan seorang yang cool dan mempunyai kemahiran dalam mengendalikan motosikal.

Dengan ilmu pengetahuan serta pengalaman yang ada, arwah sering memberi nasihat mengenai cara pengendalian jentera rakan-rakan motosikal berkuasa tinggi yang lain.

Inilah dia Abg Fadzil. Perbualan kami sentiasa topik motor, how to handle the machine, he’s past experience riding sort of models, general topics dan pastinya perbincangan ilmiah al quran dan sunnah yang telah kami dapat manfaat bersama-sama.

Tambahnya, arwah seorang pencinta sunnah dan sentiasa istiqamah dalam menunaikan solat jemaah. Arwah pasti akan solat di saf hadapan dan suka hadir majlis asatizah sunnah.

Selepas ride, arwah akan pastikan sempat pulang untuk berjemaah bersama-sama di majlis.

Kredit: Facebook said.shariff | Twitter WaryZkri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version