Harian Metro melaporkan, siasatan berhubung kejadian seorang lelaki warga asing tidak memakai pelitup muka yang turut menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan itu akan dijalankan pihak polis.
Superintendan Ashari Abu Samah, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju berkata, polis mengesan isu berkenaan selepas tularnya video berdurasi 18 saat dimuat naik oleh dua pemilik akaun TikTok.
Satu laporan polis sudah diterima mengenai kejadian itu.
Video itu memaparkan seorang lelaki dipercayai bukan warga negara tidak memakai pelitup muka dan mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan yang sedang bertugas di pasar raya.
Tular di twitter
Happened at Village Grocer M City Ampang! Men refuse to wear mask and cause a scene! 😷 pic.twitter.com/TFTicBPMQN
Semalam tular di Twitter satu video yang menunjukkan seorang lelaki warga asing dilihat memarahi pengawal keselamatan yang bertugas selepas dia diminta untuk memakai pelitup muka.
Walaubagaimanapun, lelaki terbabit mengakui kesilapannya dan tampil memohon maaf melalui satu hantaran mesej di Instagram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan lelaki terbabit yang tidak memtahui peraturan yang ditetapkan.
Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.