Oh! Lifestyle

Makan Kurma Dengan Butter Elok Ke? Dr Imelda Balchin Beri Penjelasan

Published on

Baru je masuk Ramadan, tular pula menu viral iaitu kurma berintikan mentega. Ramai yang dah cuba dan katanya memang sedap berlemak.

Mufti Wilayah Persekutuan ke-7, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri pun memberikan respon positif dan menurutnya baginda Rasulullah SAW menyukai mentega dan tamar.

BACA: #JUADAH “Rasulullah SAW Menyukai Mentega Dan Tamar” – Dr Zulkifli Lulus Menu Viral

Sementara itu, pakar perunding Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Pakar Damansara 2, Prof. Dr. Imelda Balchin berkongsi ilmu adakah baik makan kurma berintikan mentega?

Ini jawapan yang dikongsikan beliau;

Setakat ini perkongsian telah menerima lebih 2,000 shares daripada orang ramai. Ramai mula menyedari bahawa resepi kurma dan mentega mempunyai jumlah kalori yang tinggi iaitu bersamaan dengan satu cawan nasi.

Menu ini disarankan untuk individu yang membuat kerja berat atau bersukan kerana kalori akan dibakar. Tetapi, jika hanya duduk di rumah dan tidak menjaga pemakanan lain, ianya akan memberi risiko obesiti kepada tubuh badan anda.

Dr Imelda percaya Rasulullah SAW hanya makan real food dan ketika itu tiada makanan diproses atau kek viral yang tidak sihat seperti zaman sekarang.

Kredit: Facebook Dr Imelda Balchin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version