Menerusi satu sesi sidang media, pemilik Mariyah Holdings ini berkata, dia tidak berniat untuk menghina mana-mana pihak tapi sekadar nak memberikan motivasi.
Saya nak buat permohonan maaf secara terbuka bagi pihak saya Mariyah binti Yaakob dan pihak syarikat juga. Saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan seluruh bangsa Melayu.
Mariyah turut menyampaikan maaf kepada warga Kemboja yang terkesan dan berterima kasih kepada pelanggan berbangsa Melayu yang menyokong perniagaannya selama ini.
Mengenai dakwaan tak membayar caruman KWSP pula, usahawan ini berkata, pekerja boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa jika benar syarikat bersalah.
Dalam sidang media itu, pengurus besar syarikat turut menjawab dakwaan mereka liat membayar hutang kain renda sebagaimana yang tular.
Jelasnya, soal hutang adalah private and confidental jadi pihak yang terlibat tak sepatutnya menghebahkan kepada umum.