Oh! Artis

“Macam Preggy Je”, Izara Aishah Jadi Tumpuan Netizen Selepas Tya Ariffin Kongsi Foto Bercuti Bersama Keluarga

Published on

Izara Aishah, pelakon jelita ini tampil mencuri perhatian warga netizen selepas didakwa kini dirinya sedang hamil.

Dakwaan itu timbul dikalangan warga maya selepas pelakon Tya Ariffin berkongsi foto di laman Instagram miliknya sewaktu mereka sedang bercuti bersama keluarga dan menghadiri majlis ilmu, Ustaz Wadi Annuar beberapa hari lalu.

Menerusi satu foto dari perkongsian itu, susuk tubuh Izara kelihatan jelas seperti sedang sarat mengandung. Foto itu memperlihatkan keluarga Izara yang sedang bergambar bersama penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Namun begitu, kesahihan mengenai dakwaan aktres itu berbadan dua masih belum diketahui.

Malah, perkongsian itu meraih pelbagai respon dari warga maya dan ada juga yang mendoakan yang terbaik untuknya.

Sementara itu, pelakon Tya Ariffin turut meluahkan rasa syukur kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan percutian yang indah itu.

Tiga hari lalu berkesempatan untuk menge-charge diri dengan insan-insan yang mulia. Kita menghabiskan dari mula subuh hingga selepas isya bersama.

Pertama kali Tya melakukan trip seperti ini. Biasanya trip relate dengan hanya holiday. Tapi kali ini, trip yang penuh “isi dan makna.

Terima kasih Ustadz @ustazwadiannuar dan para jemaah lainnya hehe. Full video trip ini sudah tayang di my youtube The Tya’s family. wajib tonton dan subscribe ok.

Sebelum ini, pelakon Izara Aisha pernah menepis dakwaan dari netizen yang menyatakan dirinya kini sedang sarat berbadan dua.

Kredit: Instagram

+Baca respons pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version