Trending

“Lepas Kaya Tiba-Tiba Introvert” – Netizen Sindir Madammu Gara-Gara Beli Semua Seat Di Panggung Wayang

Published on

Usahawan kosmetik terkenal, Madammu menarik perhatian ramai apabila dia bertindak menyewa satu panggung wayang untuk menonton filem.

BACA: Tindakan Madammu Jadikan Anak Sebagai Testimoni Dikecam Netizen

Dalam hantaran yang dibuat di TikTok itu, Madammu mengaku seorang yang introvert jadi dia membeli kesemua tempat duduk di dalam panggung wayang supaya lebih selesa.

Fuh seronoknya, dah rasa macam tengok movie dekat rumah pula kan? Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen mengenai tindakannya itu.

@madammmmu

Sejenis introvert! Jadi kita beli la semua seat.

♬ original sound – madammu

Ada yang menyindir pengasas jenama terkenal ini berubah menjadi introvert selepas kaya sedangkan sebelum ini okey je tengok movie beramai-ramai.

Tak melenting, Madammu menjawab, perangai manusia memang berubah-ubah diikuti dengan emoji ketawa.

Kredit: TikTok @madammmmu

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version