Bergelar seorang petugas kesihatan serta pemandu ambulans bukanlah satu tugas yang mudah. Selain perlu sentiasa tenang berdepan dengan kecemasan, mereka juga terpaksa menghadap sikap-sikap pemandu yang pentingkan diri sendiri di atas jalan raya.
Apa yang menjadi keutamaan bagi mereka ialah mereka perlu tiba di tempat kejadian secepat mungkin bagi memastikan mangsa yang terlibat dengan kecemasan mendapat rawatan awal dengan kadar segera.
Lelaki mengamuk dakwa ambulans datang lambat
Tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki yang mengamuk dan memarahi petugas kesihatan di lokasi kemalangan.
Menerusi video dimuatnaik majoritiofficial itu, lelaki tersebut mengamuk kerana mendakwa ambulans yang lewat tiba di tempat kejadian menyebabkan mangsa kemalangan gagal diselamatkan.
Itulah, tengok kita panggil (ambulans) sudah berapa lama, kita tunggu (ambulans sampai) nak dekat satu jam lebih, bang. Jangan kira bang, bangsa ke kaum ke apa bang, ini manusia. Sekarang senang cerita awak cakap, (mangsa) sudah meninggal.
Meskipun dimarahi lelaki tersebut, dapat dilihat petugas kesihatan hanya mendiamkan diri dan tidak menghiraukan kata-kata lelaki itu.
Mangsa maut ditempat kejadian
Dalam pada itu, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 30 tahun disahkan cedera parah dan maut di tempat kejadian.
Netizen setuju dengan tindakan pemuda marah petugas kesihatan
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan serta ada yang berkongsi pengalaman hampir sama perlu menunggu lama untuk ambulans sampai.
Tak boleh salahkan petugas KKM 100 peratus
Dalam pada itu, ada juga yang mengecam tindakan pemuda tersebut dengan mengatakan bahawa kita tidak mengetahui keadaan dan situasi sebenar petugas kesihatan ketika menjalankan tugas.