Connect with us

Oh! Media

Lelaki Maut Dalam Kereta Sewa Mewah Depan Pusat Hiburan

Trending

Lelaki Maut Dalam Kereta Sewa Mewah Depan Pusat Hiburan

Terdapat satu kejadian dimana seorang lelaki yang berada dalam sebuah kereta mewah ditemui mati pada petang semalam. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

BACA : Lari Minta Bantuan, Budak Lima Tahun Jadi Saksi Ibu Kena Tikam

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan KTV di Jalan Pudu, Kuala Lumpur dan perkara ini disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.

Orang awam telah melaporkan kepada pihak polis selepas menemukan mayat lelaki berusia 38 tahun dan berdasarkan siasatan awal, kereta mewah yang digunakan hanya sewa sahaja.

Setakat ini, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah ditemukan.

Mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes masih lagi disiasat.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL ditalian 03-21159999.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas