Trending

Langgar Jalan Berlubang, Warga Emas Maut

Published on

Sebentar tadi, Harian Metro melaporkan satu kemalangan telah berlaku di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra Kuala Lumpur di mana seorang lelaki warga emas maut ditempat kejadian selepas terjatuh akibat melanggar jalan berlubang.

Mangsa yang dikenali sebagai Ho Yan Fee 75 tahun itu dikatakan terbabas sendiri akibat telah melanggar lubang dan hilang kawalan.

Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jalan Connaught menghala ke pusat beli-belah Midvalley terbabas sendiri. Mangsa melanggar jalan berlubang di lokasi lalu terjatuh dan meninggal dunia. – Kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.

Menurut Zulkefly lagi, kejadian ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Masalah jalan berlubang ini kembali membuka mata rakyat apabila seorang menteri telah kemalangan basikal dan mengalami kecederaan kerana juga melanggar jalan berlubang.

Diharapkan kes ini dapat diselesaikan sebaiknya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version