Berbeza budaya, bangsa dan agama bukanlah satu halangan buat kita untuk memberikan penghormatan terakhir buat seseorang itu apabila dia pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Itulah yang berlaku apabila sebuah sekolah kehilangan seorang guru yang dianggap sangat baik dan dekat di hati warga sekolah dan para muridnya.
Warga sekolah dan murid tabik hormat, beri penghormatan terakhir
Menerusi satu video yang tular di TikTok, suasana sedih dan hiba berlaku di perkarangan sekolah ketika sebuah kenderaan yang membawa mendiang gurunya melalui kawasan di hadapan sekolah tersebut.