Gara-gara membuat kenyataan berani mati, seorang founder berasal dari Kelantan mengundang kritikan ramai.
BACA: Tular Gadis Mengidam Kereta RM3 Juta, Akhirnya Dah Dapat Lamborghini
Menerusi ruangan kapsyen videonya di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Ayunie berkata dia bawa masuk kereta mewah Lamborghini ke Pulau Langkawi kot-kot ada orang Langkawi yang tak pernah tengok kereta itu.
Dalam rakaman itu, kelihatan dua buah Lamborghini dibawa masuk menaiki feri dan Ayunie bersama rakan baiknya Farhana Zahra sempat merakam kenangan memandu di sekitar pulau itu.
Tak cukup dengan itu, pemilik kereta berwarna merah dilihat ‘garu kepala’ kerana di Langkawi dia sukar mendapatkan minyak mahal untuk kegunaan keretanya. Adui kesian Cikna.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan orang ramai mengenai perkongsian dua orang founder ini.
Ada yang mengecam tindakan mereka dan ada juga yang berseloroh dengan mempertahankan penduduk-penduduk Langkawi.
Mungkin dua orang founder ni hanya bergurau je kan? Apa-apa pun Pulau Langkawi memang best!
Kredit: TikTok @ayunieso24 | @farhanazahra91
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.