Semalam Ohmedia ada kongsikan luahan hati penyanyi antarabangsa, Kid Laroi yang hampa selepas dimaklumkan konsert dibatalkan sedangkan dia baru sahaja tiba di Malaysia. Kid Laroi dijadualkan untuk membuat persembahan di Good Vibes Festival pada hari kedua tapi ia semua terbatal gara-gara sikap biadap vokalis, The 1975.
Bagaimanapun, malam tadi Kid Laroi mengejutkan ramai peminatnya di Malaysia selepas dengan rendah diri nyanyikan beberapa buah lagu popular miliknya di lobi hotel. Antara lagu popular yang dinyanyikan adalah “Stay” dan “Without You”.
Kid Laroi atau nama sebenarnya, Charlton Kenneth Jeffrey Howard dengan santai duduk bersama peminatnya sampai berdiri atas meja sebagai pentas.