Menerusi laporan Sinar Harian, gadis yang berumur 27 tahun itu memberitahu bahawa sebelum dia memeluk islam, dia pernah cuba untuk membunuh diri dek kerana gaya hidupnya yang tidak sihat.
Hidup berubah selepas memeluk Islam
Persephone Rizvi merupakan seseorang yang minum minuman keras, pergi ke club parti sehingga jam 4 atau 5 pagi dan terlibat dalam pergaduhan sebelum membuat keputusan untuk menjadi seorang muslim.
Rizvi telah berkongsi kisah hidupnya yang berubah secara drastik selepas memeluk Islam dalam satu dokumentari ‘This Girls Changed’. Sekarang, semuanya menjadi lebih sempurna kerana menurutnya Islam mengajarnya untuk merendahkan egonya, bercakap dengan cara yang lebih elok dan tidak lagi mengumpat serta ‘bergossip’ tentang orang lain.
Cara pemakaian Rizvi juga sudah berubah dan dia tidak lagi pakai pakaian yang menjolok mata dan cuba untuk mengikut syariat Islam. Tiada lagi gambar-gambar yang tidak menutup aurat di akaun Facebooknya. Ibu bapanya juga memberi sokongan moral kepadanya untuk memeluk Islam.
Alhamdulillah, semoga gadis ini terus istiqamah dalam melakukan ibadah kejalan Allah. Sesungguhnya, Islam ini merupakan agama yang terpuji dan disenangi. Semoga makin ramai yang akan terbuka hati memeluk islam selepas membaca atau mendengar cerita mengenai gadis ini.