Kejadian itu berlaku di sebuah taska sekitar Kota Kinabalu Sabah dan video rakaman tukar di Whatsapp sejak Rabu.
Dalam video berdurasi dua minit 12 saat, sekumpulan kanak-kanak dilihat bersama dua orang individu dewasa.
Ketika sedang bagi makanan, seorang individu dewasa tiba-tiba memukul kepala, menendang serta menarik rambut salah seorang kanak-kanak di situ.
Haih memang tak patut! Si ibu yang menonton rakaman meraung dan berulang kali cakap, “kasihan anak saya”.
Ibu bapa kanak-kanak mangsa dera itu dipercayai sudah melaporkan kejadian kepada polis dan ianya disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah.