Trending
Kes Penyanyi Lagenda Serang Shila Amzah, Polis Terima Arahan Lanjut
Polis sahkan terima arahan lanjut kes penyanyi legenda serang Shila Amzah. Siasatan kini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Isu panas membabitkan penyanyi lagenda tanah air yang didakwa menyerang Shila Amzah kini memasuki fasa baharu apabila pihak polis mengesahkan menerima semula kertas siasatan dari Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) Kuala Lumpur.
Menurut laporan Harian Metro, terdapat arahan lanjut yang perlu diambil tindakan segera oleh polis dan perkara ini dikatakan sendiri Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad.
Polis akan menyegerakan tindakan ini dan akan menghantar semula kertas siasatan secepat mungkin.
Siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan

Untuk rekod, siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang melibatkan ugutan jenayah. Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
IG Story Shila Amzah undang perhatian

Kes ini mula menjadi perhatian selepas Shila Amzah tampil membuat laporan polis, mendakwa dirinya diserang ketika sesi latihan konsert di Stadium Merdeka.
Apa yang menggemparkan, insiden itu turut dikongsikan menerusi Instagram Story, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen dan rakan artis.
Pssttt! Dalam dunia hiburan, imej dan profesionalisme sangat penting. Apa jua konflik, selesaikan dengan matang dan ikut saluran yang betul agar maruah kedua-dua pihak terjaga.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 17 hours ago