Trending
Kerap Kena Maki Dengan Pelanggan, Pekerja Lembam Ambil Langkah Pakai Tanda Nama ‘Maaf Saya OKU’
Orang kurang upaya (OKU) juga mempunyai kehidupan. Mereka juga perlu mencari rezeki dan ingin melakukan perkara yang sama seperti orang lain.
Menerusi laporan Harian Metro, seorang lelaki, Che Mohd Fadil Che Abdul Rahman yang bersatus orang kurang upaya (OKU) dalam kategori lembam telah menceritakan pengalamannya bekerja di sebuah kedai makan.
Difahamkan, dia telah bekerja selama lapan tahun dan sering dimarahi, dimaki malah pernah dipukul oleh pelanggan apabila dia melakukan kesalahan ketika bekerja di kedai makan di Jalan Dusun Muda.
Namun, setelah penat menghadapi segala kejadian, Che Mohd Fadil atau lebih gemar dikenali sebagai Pakdo telah mengambil langkah untuk memakai tanda nama ‘Maaf Saya OKU’ pada bajunya.
Tindakan itu diambil supaya pelanggan dapat memahami keadaannya. Namun, Pakdo berkata sehingga kini masih ada juga insiden yang berlaku di luar kawalan.
Tugas saya adalah untuk mengambil pesanan dan jika berlaku banyak kekeliruan ketika membuat ‘order’ atau banyak arahan, saya jadi tertekan.
Walaupun begitu, ramai juga pelanggan yang bertimbang rasa malah sejak saya memakai tanda nama ini, semakin kurang aduan yang diterima majikan berkenaan saya kerana pelanggan tahu kekurangan saya.
Pakdo sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan dan selepas tamat kontrak dia telah mencuba nasib di kedai makan itu.
Pada awalnya, dia tidak memberi tahu kepada majikan tentang kekurangannya itu, namun lama kelamaan majikannya dapat mengesan sendiri.
Walau bagaimanapun, dia tidak membuang Pakdo malah memberi peluang untuk Pakdo terus bekerja.
Majikannya, Wan Marnizena Najib yang berusia 48 tahun itu, berkata bahawa Pakdo seorang yang rajin walaupun kadang kala Pakdo bersikap ‘moody’.
Terlalu kerap kesilapan yang dibuat sama ada dari segi tersalah mengambil pesanan atau berpunca dari sikapnya sendiri yang kadangkala ‘moody’ sehingga membuatkan pelanggan silap faham namun selepas dipakaikan tanda nama itu, semakin kurang aduan yang diterima mengenai Pakdo.
Wan Marnizena juga berkata, pada awalnya Pakdo ditugaskan sebagai pencuci pinggan, namun dia meminta agar diberi peluang untuk membuat kerja mengambil pesanan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM