Kempen Piala Dunia 2022 kini dilihat semakin genting buat setiap pasukan selepas mereka perlu mempamerkan aksi yang terbaik bagi memastikan pasukan mereka layak ke pusingan 16 terbaik.
Antara kumpulan yang mencuri tumpuan malam tadi ialah pertembungan di antara kesemua empat pasukan di kumpulan E selepas keempat-empat pasukan termasuklah Jerman dan Costa Rica masih mempunyai peluang untuk layak ke pusing seterusnya.
Gol kontroversi Jepun ‘tendang’ Jerman keluar daripada Piala Dunia
Meskipun menang dengan jaringan 4-2 ke atas Costa Rica awal pagi tadi, Jerman terpaksa akur tersingkir daripada kempen Piala Dunia kali ini selepas pasukan Jepun sekali lagi membuat kejutan dengan menewaskan pasukan Sepanyol dengan jaringan 2-1.
Walau bagaimanapun, kemenangan pasukan Jepun ke atas Sepanyol itu dihimpit dengan kontroversi selepas jaringan kedua daripada Ao Tanaka yang menerima hantaran daripada Kaoru Mitoma yang dikatakan telah pun terkeluar daripada garisan.
Perkara itu menjadi bualan ramai sehinggakan lagenda bola sepak Sepanyol, Gaizka Mendieta turut mempersoalkan jaringan daripada skuad Samurai Biru itu.